Wednesday, December 23, 2009

Perjalanan jauh tak kurasa


Selamat menyambut Maal Hijrah. Sorry sebab lambat ucapkan sebab aku betul-betul bz minggu lepas serta weekend. Minggu lepas hampir 4 malam aku dan isteri tido paling awal pon pukul 4 pagi. Serta dah dekat2 nk weekend tuh, aku tido lepas Subuh. Pastu pagi tu bangun dalam pukul 9 pagi. Bayangkan sehari tido 3 ke 4 jam je. Semua ni adalah gara-gara nak menyiapkan segala persiapan perkahwinan client kami di Kuantan (nanti aku upload gambo ehh).


Jadinye begini, 18hb ari tu kitorg berangkat ke Kuantan. Lori dan orang2 lain pegi dulu, aku dan isteri terchenta lambat skit sebab nak pegi beli barang2 lagi dan juga pegi ambik fresh flower. Dalam pukul 6 ptg jugak ler kitorg gerak. Mata dah ngantuk da sebab malam tadi tido lepas Subuh, tapi aku gagahkan juga diri ini (tadi dah bergelas-gelas nescafe aku sedut). Mase naik Karak tuh, hujan plak lebat, seme kete slow, sebab jarak penglihatan memang terhad. Isteri aku dah selamat dah ke alam mimpi kat sebelah nih.. huhu.. drive laa aku slow-slow.. teringat plak yang bebaru nih ade kawan aku eksiden kat Karak lepas terowong. Lagi laa seram aku dibuatnye.. 60km/j je aku bawak. Sampai Genting Sempah, hujan da slow tapi kat tengah2 LPT tuh, hujan lebat balik, terpakse laa bawak slow je.. Perjalanan yang biasenye 1 jam 45 menet, jadi 4 jam lebih, sampai Kuantan pukul 10 malam lebih. Penat dolllll.. Sampai je hotel terus aku mandi air suam-suam kuku pastu tido. Kul 1 pagi camtu Syasya dah kejut. Time to work!!


Aku sampai je kat ballroom tuh, tgk semua barang da angkat.. hehe.. Aku pon ape lagi, terus meneruskan action sebagai seorang pekerja yang baik, terus menyiapkan ape-ape yang patut. Tup tap tup tap.. sampailaa pukul nam pagi. Sampai tahap ni semua org kepala dah jadi mengong dah, mate berpinar-pinar mamai dan ckp pon dah start merapu-rapu, seriously wa cakap lu.. Lepak punye lepak, kul nam setengah dah start breakfast kat hotel tuh. Terus pegi terjah cafe utk breakfast. Makanan tak byk mcm hotel kat KL, tapi kitorg melantak je, tapi bukan rase mcm breakfast, rase mcm dinner jer.. haha.. gile betoi kitorg nih. Melantak punye melantak, sampai kul lapan pagi, masuk bilik, seme org terus berdengkur sampailaa pukul 12tgh hari. Pukul 1 ptg masuk ballroom balik, semua da ready, tolong-tolong sikit dan amik-amik gambar sikit, sampailaa pukul 3 ptg.. Ok, dah. Jom pegi Johor!!!!


Still dlm kawasan Kuantan (on the way gi Batu Pahat, Johor) perut plak lapar. Baru teringat last mkn pukul 8 pg tadi.. haha.. terus melilau mencarik kedai makan tepi jalan. Jumpe satu kedai kecik, kedai kampung je, kecik je kedai tu.. kitorg berenti (aku dan isteri je berdua), hujan dah start lebat balik dah, aku melantak nasik ayam dan isteri aku order bakso.. Tak sangka woo.. best gilak.. Kalah makanan kat hotel Vistana tuh. Lepas makan, dlm pukul 4 ptg lebih terus gerak nak gi Johor lalu ikut Segamat. Dari kedai makan tu sampai Segamat tepat2 dua jam. Cuaca still hujan, aku tak bwk laju sebab takut jalan licin. Kalau sesape yang pernah lalu jalan dari Kuantan ke Segamat tu mesti tau jalan dier macam mane.. kan? Pastu sampai Parit Raja pukul 8 malam, terus isteri aku pegi shoot pengantin mekap.. haha.. gile tak.. keje tak berenti-renti, tade mase rehat langsung. Dah siap mekap, time turn aku plak amik gambar keseluruhan majlis akad nikah malam tu. Alhamdulillah.. semenye berjalan lancar, pengantin lelaki lafaz sekali je dah selamat dah.. ehhee. Majlis berakhir pukul 12.00 tgh malam. Dari Parit Raja ke Batu Pahat mengambil masa lebih kurang 20 menet. Kitorg duduk kat Hotel Katerina.


(Ok, aku stop dulu, sebab isteri aku ajak pegi beli burger, bye)
..........
..........
..........
..........
(Ok, dah bleh sambung balik, tapi burger tade, makan kat kedai mamak je)


Oppsss.. jap jap.. tadi aku tengok cite yg sangat hampeh bertajuk Rumpelstiltskin, cite dongeng tu tapi diperbaharukan, tapi dalam era 80an 90an, so korg bleh bayangkan laa mcm mane tahap kehampehan cite tuh.


Ok, sambung balik.. (3 hari tau aku tulis entry yg nih).
Hotel Katerina tu dalam website dier ckp hotel 4 bintang laa, tapi fullamakatak.. siaran TV pon takde, camane aku nk tgk TV? Haha.. tapi tak tgk pon sebab da sampai hotel da penat gile terbabas dah, aku tido dalam pukul 2 pg lebih kot, kirenye igt esok nak breakfast laa kat hotel, da siap kunci alarm sume,last-last tak bgn pon,penat dol.. Subuh pon ntah ke mane.. hehe.. Last2 bgn tido dlm pukul 11 pg camtu, terus mandi and then gerak ke rumah pengantin dalam pukul 12tgh hari. Sampai je umah pengantin, aku terus melantak nasik minyak dulu sementara isteri aku pegi snap-snap pengantin pompuan tgh mekap. Lepas melantak, turn aku plak amik gambar. Tiba-tiba pengantin laki sampai je, hujan plak renyai-renyai, risau betul aku takut kamera basah. Last2 kerana tugas, aku teruskan jugak pengambilan gambar tu dengan harapan tak rosaklah kamera aku nih. Tapi aku rase lepas ni nak gi servis laa.. huhu.. Pastu semenye rutin bersanding. Habis majlis pukul 5.30 ptg terus kitorg gerak balik KL. Sementara tu mak pengantin pompuan dah bekalkan nasik minyak untuk di makan dalam perjalanan. Mase balik tu cuaca ok je, kadang-kadang hujan renyai-renyai. Rehat jap kat R&R Ayer Keroh, pastu teruskan perjalanan. Sampai je kat sempadan Negeri Sembilan, dah start jem dah highway tuh, perjalanan yang sepatutnye 2 jam lebih je jadi 4 jam lebih.. waaaaa.. penatnyeeee.. sampai umah dalam pukul 10.45 mlm, takleh tido, layan tgk TV sampai tiba-tiba dah masuk alam mimpi dah.. haha..


Fakta-fakta:

1. Perjalanan bermula dari 18hb Dec 09 hingga 20hb Dec 09.

2. Merangkumi jarak perjalanan sejauh 908.1 kilometer.

3. On the way keluar dari Kuantan tu, still dalam daerah Kuantan, kitorg nampak kejadian budak lemas dlm tali air.

4. Aku tak nampak satu pon kemalangan di sepanjang perjalanan.

5. Jumlah air kopi dan nescafe yg aku telan adalah sebanyak 5 tin dan 3 gelas serta satu tin Power Root.

6. Mase aku tgh makan nasik ayam dan isteri aku makan bakso tu, ade seorang budak baru lepas sunat singgah makan jugak kat kedai tu bersame-same ibunya.

7. Semase di Johor, kitorg tak mengeluarkan satu sen pun duit untuk makanan.

8. Dalam bilik Hotel Katerina tu, ade disediakan gayung (aku lupe nk amik gambar), pernah ke korg jumpe gayung dlm hotel 4 bintang?

9. Isteri aku berjaye membuat ucapan dalam radio Hot FM mase dalam perjalanan ke Kuantan, DJ nye mase tu ialah Anne.

10. Air untuk fresh flower dalam baldi yg diletakkan di belakang kereta aku tertumpah menyebabkan banjir kilat di dalam kereta.

11. Tangan aku terluka sikit mase angkat pelamin, bleh dpt SOCSO ke?

12. Jumlah minyak diesel yang dibelanjakan ialah sebanyak RM190.00

13. Jumlah gas bahan buangan yang dilepaskan di dalam kereta adalah tidak terkira banyaknye.

14. Kitorg sebenarnye adalah manusia, bukannye robot.

15. Aku rase tu je laa fakta-faktanye..


Nota : Gambar lepas ni ye.. da dekat pukul 4 pg ni, nak tido plak.. bye

Thursday, December 17, 2009

Sekerat-sekerat


Hari tu aku mimpi, dalam minggu ni jugak, tapi aku macam dah lupe-lupe sikit, tapi aku nak cerita jugak. Aku mimpi aku tengah drive dari arah Batu Enam menuju ke Bukit Tunggal. Sebelum sampai ke Bukit Tunggal tu akan ade satu selekoh yang panjang, tiba-tiba ade satu moto (moto rxz aku rase) tengah buat aksi superman kat belah kiri aku dan secara tiba-tiba pulak, terus memotong aku dan masuk ke kanan. Nasib baik aku sempat elak, tapi moto tu tiba-tiba pulak melanggar batu hitam putih kat tengah-tengah jalan tu. Aku nampak moto dier melambung sekali dengan orangnye sekali. Aku tak berenti dan teruskan perjalanan dan terus masuk ke ke kanan kat trefik light depan tu yang menuju ke Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal. Tiba-tiba polis datang umah tangkap aku cakap aku langgar orang.. Apekah maksudnye?


Adam adalah seorang yang agak misteri.


Cerita Satu

Ade satu malam tu, mase tu Adam dalam umo nak masuk dua tahun, dier dpt hadiah mainan mesin-gan. Dalam bilik, tengah best-best main tembak-tembak ngan dier, tiba-tiba dier cakap "Tembak nenek.." sambil mengacukan mesin-gan ke arah belakang aku yang takde sape-sape pon kat situ (mata dier juga sedang tengok ke situ).


Cerita Dua

Tiba-tiba tengah malam,dalam pukul 2 atau 3 pagi, Adam menangis secare selok. Dua jam jugak le dier nangis begitu. Aku dah penat, tinggalkan dier sorg2 kat ruang depan dan aku pegi toilet. Keluar toilet, dier still nangis, tiba-tiba aku nampak macam lembaga tinggi, setinggi siling, tapi aku tak nampak jelas, cuma nampak macam berbalam-balam. Terus aku tepuk kerusi kayu jati kat depan tu sambil membaca al-fatihah dan takbir. Terus Adam berenti nangis.

Dan banyak lagi nanti aku cerita lenkali..

Wednesday, December 16, 2009

What if..


What happen if the world is in black and white?

Pelamin


Walkway dengan arch untuk pasangan Wan dan Yati, Klang.


Pelamin tiga panel dengan tema Hitam, Merah dan Putih untuk pasangan pengantin Wan dan Yati, Klang. Nama pelamin ini ialah Red is Chinta.

Yati sedang menggayakan baju pengantin eksklusif oleh Dina Halim Bridal Boutique.


Dina Halim Bridal Boutique menjadi penaja pelamin untuk pasangan pengantin Razlan dan Sheila di Puchong. Mereka telah memilih pelamin yang bernama Tru Blu, I Love You.


Ini pula ialah pelamin yang istimewa kerana orang yang menyewa pelamin ini bukanlah untuk kegunaan sendiri, tetapi beliau telah mengsponsorkan pelamin ini untuk majlis persandingan kawan baiknya. Lokasi, Putrajaya, nama pelamin 1 + 2 Chic Garden Wedding. Kepada sesiapa yang ingin berkahwin, boleh menghubungi Dina Halim Bridal Boutique.


Misc


Shoot by Puan Nad

Adam at Klang

Akar mengakar di Taman KLCC


'Milo' shot taken by Puan Nad


Kebosanan


It's a small world after all..


Alternate world


Petronas Single Tower


Petronas Twin Tower or KLCC in alternate world


KLCC in a small world of globalisation


Awek Adam


Tengah-tengah orang lain sebok melapah daging dan menyediakan masakan, Adam plak rilek je pegi dating dengan awek dier..



"Kanji" betul si Adam nih!!

(Kanji dalam bahasa orang Sungai Choh atau orang Bengkulu bermaksud gatal, hehe.. dah paham bro?)


Korban


Pada Hari Raya Aidiladha baru-baru nih, keluarga kami telah membuat sessi pengorbanan yang telah turut disertai oleh jiran-jiran tetangga disekitar. Suasana pada hari tu sangatlah best, mendung tak panas dan hujan sikit tapi tak lame. Setelah mengagih-agihkan daging lembu, tulang-temulang lembu tersebut telah kami sepakatkan untuk dibuat sup tulang dan juga sup rawon (sup rawon nih adalah masakan dr Indonesia, ianya same dengan sup biase, tapi lebih banyak ramuan herba dan agak pedas, tapi best woo..) dan disertai dengan sedikit kenduri tahlil arwah dan doa selamat. Keseluruhannya, sessi pada hari itu sangat best dan alive, aku dapat bercampur-gaul dengan orang-orang kampung (yang mane jarang aku dpt buat sebab asik bz manjang, biasenye time2 nk raye puase aku join jugak org2 tua kat kampung ni pegi takbir). Itu je lah report untuk sessi pengorbanan pada tahun ini (walaupon lambat), jumpa lagi tahun depan pada waktu yang same..

First time nih aku melapah daging lembu.


Persediaan untuk memasak sup tulang dan sup rawon.


Inilah breakfast kami sebelum melakukan sessi pengorbanan yang disponsor oleh orang-orang kampung.


"Setiap darah dari binatang yang dikorbankan itu akan menjadi saksi di hari akhirat kelak"


Monday, December 14, 2009

Bulan ngellah..


Assalamaualaikum WBT


Aku bukannya malas nak update blog, tapi seriously aku sangat bz semenjak dua menjak nih. Weekend itu hari je ade tiga job wedding yang mane membuatkan aku tido 2 ke 4 jam je. Sakit pinggang kerana mengangkat pelamin yang besar-besar pon blom hilang lagi. Mula-mula pasang pelamin kat Puchong, lima panel, sehari suntuk, 12 jam kitorg pasang baru siap. Pastu esoknye pegi pasang kat Klang pulak, ni ok skit arr, tiga panel je, tambah ngan walkway siap dalam 5 jam laa kot dan keesokkannye lagi pulak, pegi pasang kat Putrajaya pulok doh, nasib baik satu panel je.. huhu.. pelamin kat Putrajaya ni paling enjoy kitorg pasang, dalam 3 jam je dah siap dah.


Dah pasang, nak kene bukak pulak pelamin2 tu.. Gile betul.. beberapa hari tak cukup tido, pastu berulang-alik dari Rawang ke Puchong pastu ke Klang pastu ke Shah Alam pastu ke Sungai Buloh pastu ke Putrajaya dalam satu hari, penat dowh.. Dah bukak pelamin, kene hantar kat kedai pulak, kene susun2 lagi, kemas2 dan vacuum2 di tambah pulak semalam hari Ahad, orang lain duk rilek2 kat umah, aku ngan Papa terbongkok2 menyusun atur layout kedai, angkat stage, angkat platform, angkat panel, yang mana setiap satu tu seberat 50 kilo ke 100 kilo.. Bukan aku merungut, aku cuma ingin berkongsi dengan kalian betapa bz nye aku dan aku bukan buat2 bz itu pasal laaa aku lame tak update blog nih.


Dalam-dalam aku bz tu, banyak kejadian berlaku di sekitar aku dan kejadian yang paling aku terkejut sekali ialah di mana Encik Izhang, Encik Shabru dan Puan Rafidah Aziz telah terlibat di dalam sebuah kemalangan di lebuhraya Karak lepas terowong. Terkejut beruk aku tengok kete yang di naiki oleh mereka-mereka ini hancus.. Tapi alhamdulillah, tiada sebarang kecederaan berlaku. Sabar lah ye kalian.. setiap kejadian tu ade hikmah di sebaliknye, setiap penyakit yang menimpa kita, adalah sebagai penghapus dosa2 kecil.. Kadang-kadang Dia bagi ujian-ujian yang susah dan kadang-kadang tu pulak Dia bagi ujian secara senang, contohnye ko dah kaye, Dia bagi lagi ko jadi kaye sampai melimpah-ruah duit ko dapat, itu pun ujian sebenarnye, Dia nak tgk sama ada ko ingat ke tak kat Dia..


Wallahualam..



Nota : Nanti next entry baru aku upload gambar2 terkini, sebab skrg aku gune laptop bini aku, pastu pakai broadband Celcom nih lembab betul!! P1 lagi lembab (orang kate arr, bukan aku kate), aku nasihatkan korang, janganlah potong.. ye? Dahlah hangin satu badan pasal Nikon Customer Service ngan Shangrila Foto kat Low Yatt nih, tak pasal-pasal bini aku bergaduh ngan boss Shangrila dan org Nikon tuh, bayangkan.. aku beli battery grip tak sampai sehari beli aku pasang laa kat kamera aku nak test kan, (kat kedai dah test dah, mase tu pon aku dah pelik sebab dier tak dpt detect battery aku, mase tu aku pikir mungkin sebab battery aku tu dah abis, kene charge lagi, battery grip tu ade Warranty Nikon Malaysia) battery dah fully charge dah, tapi still tak detect battery tu bila pasang battery grip tuh, pastu bile longgarkan sikit, baru dier detect, yang ni memang aku yakin sesangat yang battery grip tu dah rosak dr kilang lagi, pastu aku pegi laa kat Low Yatt balik, dier suh pegi PJ kat HQ Nikon, dier cakap bleh tukar 1 to 1, Customer Service dier plak cam lahanat ckp takleh tukar (padahal memang rosak dari kilang punye), last2 aku hantar balik kat Low Yatt, dua minggu beb tak siap2, padahal diorg bleh je cek cepat, alah.. benda kecik je laa bengong!! Bukan mahal pon, sedangkan kawan aku beli lens Sigma RM3000.00 sebijik pon bleh je tukar 1 to 1 kat HQ Sigma tanpa banyak soalan. Lepas dua minggu, Shangrila Low Yatt tu call cakap battery grip tu dah siap, boss dier kot, sebab suara lelaki cina, aku tanye baiki ke dpt yang baru? dier cakap dpt yang baru, so aku pegi laa ngan isteri aku kat Low Yatt, dah lah jln jem babas punye, dpt je battery grip tu, still nombor siri yang same dengan kesan sticker nombor siri tu mcm dikopek, ape lagi, mengamuk laa isteri aku dekat boss Shangrila tu, mcm2 alasan dier bagi, last2 sebab isteri aku ckp nak report kat tribunal pengguna, akhirnye dier mengalah dan bagi battery grip yang baru. Nasihat aku ialah, janganlah korang beli barang2 dari jenama Nikon, walaupon ade Warranty Card Malaysia, tp tak berguna langsung, hasrat aku nak beli lens original Nikon pon terbantut, lepas ni aku carik Sigma je dan kalau nak beli body pon, baik aku beli Canon, dah lah Canon keluar kamera baru, 7D tuh, best tuh.. Ok, sekian sahaja nota kaki dari aku, sekian, terima kasih..

Thursday, November 26, 2009

Selamat Aidiladha


Selamat Menyambut Aidiladha dan menyempurnakan ibadah korban!!

Kalu nak rasa sup tulang, jemput laa datang umah :)