Aku ni pemarah ke? Tanyaku kepada diriku sendiri. Termangu-mangu aku mencari jawapan sambil membuat kerja-kerja ofis. dua tiga hari ni, ramai pulak orang yang datang untuk interview di ofis aku ni, dan aku lah orangnya yang akan membuka pintu dan menyambut kedatangan orang-orang yang datang untuk interview kerja kosong (sebenarnya aku bukanlah penyambut tetamu), mempersilakan mereka masuk dan duduk, memberikan form dan membuat air (yang ni tipu je, hehe).
Aku ingat lagi, dulu-dulu semasa kami membuat iklan untuk mencari pekerja, tidaklah seramai ini yang datang untuk di interview. Kali ni memang tak putus-putus yang datang, bagi kami company yang kecik dan ofis yang kecik ni, sepuluh orang datang sekaligus untuk interview, itu dah ramai laa tuh, sampaikan tak cukup kerusi dan pen untuk di bagi kepada mereka ini. Pelbagai jenis orang dan ragam yang boleh dilihat, ada yang datang dengan mak, ada yang datang dengan kawan, isteri dan macam-macam lagi. Yang paling kelakar, ada tiga orang remaja ni datang nak interview, tapi pakai seluar jeans dan t-shirt. Oklah, kitorg pun tak kisah sebenarnya mereka nak pakai baju dan seluar apa, aku pun menjalankan tugasku dan memberikan mereka form untuk di isi. Tetapi, selepas beberapa minit, aku nampak mereka keluar dari ofis dan tak masuk-masuk dah. Rupa-rupanya mereka blah macam tu je.. huhuhu.. taktau laa apa masalah mereka ni, mungkin mereka terkejut sebab semua-semua yang datang tu pakaian kemas-kemas belaka.
Ok, berbalik kepada cerita asal. Aku rasa aku bukanlah seorang yang pemarah, kerana aku percaya, marah tidak akan membawa kita ke mana-mana dan penyelesaian yang sepatutnya mudah, akan menjadi tidak mudah apabila kita marah. Tetapi semenjak kebelakangan ini, aku akui yang aku cepat marah. Ianya bermula apabila aku membawa kenderaan di Bandaraya Kuala Lumpur ni. Sangat jem dan pemandu-pemandunya sangat bahaya, masuk simpang tak bagi signal, tukar lorong tak bagi signal dna macam-macam lagi, membuatkan aku cepat jadi marah. Marah kerana kecewa dan tekanan.. huhuhu..
Aku tidak mahu menjadi pemarah dan aku tidak akan marah lagi selepas ini, insyaAllah.

1 comments:
skali skale kena maroh gok. tp jgn dilayan sgt marah tu.. org tua kata cpt tua
Post a Comment